Konsep Peratus dan Operasi..
Kita sudah mengetahui bahawa peratus ialah nombor yang dinyatakan untuk mewakili dengan penyebut 100.
Dalam ilmu matematik, peratusan ialah cara menyatakan nombor sebagai sebuah pecahan daripada 100 (peratus bermaksud per seratus). Ia sering ditandai dengan tanda peratus,%. Sebagai contoh, 45% (dibaca sebagai "empat puluh lima peratus") sama dengan 45 / 100 atau 0.45.
Adik-adik juga boleh mendapat maklumat yang lebih terperinci daripada pautan-pautan yang diberikan di bawah ini :
Adik-adik juga boleh klik di pautan laman web dibawah ini untuk melihat video mengenai peratus. Mesti adik-adik akan sukakannya..
APLIKASI PERATUS DALAM KEHIDUPAN
Potongan harga barangan
Potongan harga barangan
- Seringkali kita lihat papan tanda potongan harga barangan di pusat membeli-belah. Ia menggunakan operasi peratus. Potongan harga tersebut ditentukan mengikut musim perayaan yang diadakan.
Markah dalam peperiksaan.
- Jika adik-adik perasan kertas markah peperiksaan adik-adik menggunakan kaedah peratus. Jika adik mendapat separuh daripada 100% , guru adik-adik akan menulis 50% pada kertas itu.
Bateri komputer riba.
Bateri komputer riba.
- Selepas digunakan lama, bateri komputer riba akan menjadi semakin kurang. Ia akan menunjukkan jika kadar bateri itu hanya tinggal 10%.
No comments:
Post a Comment