Mari Adik-adik. !!! Kita Belajar Pecahan.. J
Definisi Pecahan
Pecahan (Bahasa Inggeris: fraction dari Bahasa Latin fractus, "dipecahkan") ialah nombor yang mewakili sebahagian daripada keseluruhan atau sekumpulan benda.
Contoh Pecahan :
Adik-adik yang comel, mari kita sama-sama selesaikan latihan di bawah ini. Mesti adik-adik akan seronok..
Tukarkan kepada nombor bercampur :
a) 13/4 c)30/10
b) 15/6 d) 45/2
Cubalah adik-adik cari hasil darab berikut :
a) 3 x 4/5 c) 5 x 5/15
b) 3/8 x 12/8 d) 2 x 6/12
Seronokkan adik-adik buat latihan tadi,. Apa kata sekarang adik-adik cuba klik pautan laman web di bawah ini untuk menambahkan ilmu pengetahuan tentang pecahan J
Klik Disini Untuk Maklumat Pecahan Selanjutnya :
Klik Disini Untuk Melihat Video Pecahan :
·
Aplikasi Pecahan Dalam Kehidupan Seharian :
1. 1. Untuk pembahagian harta -
-Sebagai contohnya : Sebuah rumah hendak dibahagikan kepada 3 bahagian,maka lelaki akan mendapat 2/3 dan perempuan akan mendapat 1/3 daripada pembahagian rumah itu..
2. Untuk mengira sukatan bagi membuat satu kek coklat –
Kek Coklat
Bahan-Bahan:
5 biji telur ayam
1 ¼ butter daripada satu buku butter
11 oz tepung gandum (diayak)
500 gm gula pasir (dikisar halus & diayak)
3oz serbuk coklat (diayak bersama tepung)
350 ml susu (susu segar)
2 camca teh esen vanila
1 camcateh soda bicarbonat (diayak bersama tepung
2 camcateh baking powder (diayak bersama tepung
5 biji telur ayam
1 ¼ butter daripada satu buku butter
11 oz tepung gandum (diayak)
500 gm gula pasir (dikisar halus & diayak)
3oz serbuk coklat (diayak bersama tepung)
350 ml susu (susu segar)
2 camca teh esen vanila
1 camcateh soda bicarbonat (diayak bersama tepung
2 camcateh baking powder (diayak bersama tepung
Menurut resepi diatas, sukatan butter yang perlu digunakan untuk membuat kek coklat ini adalah 1 ¼ daripada satu buku butter yang biasanya boleh diperoleh dimana-mana kedai berhampiran. Sukatan ini perlulah tepat untuk mendapatkan hasil yang sedap dan enak dimakan.
1. 3. Untuk membaca jam -
- Dalam sistem jam terdapat 24jam bagi 1 hari. Jika kita ingin membacanya, untuk separuh hari kita akan menyebut ½ hari. Jika dalam satu jam, kita akan menyebut 30 minit adalah ½ jam dan 15 minit adalah ¼ jam.